Kembalikan Senyuman Itu
Di sebuah negara yang diganasi perang seorang kakak terpisah daripada adik lelakinya. Hilang sejak 6 bulan yang lalu, dia membayangkan yang terburuk – bahawa adiknya yang disayangi dan dikasihi sepenuh hati telah ditembak mati oleh musuh. Hendak melihat pintu bilik adiknya pun tidak sanggup. Mindanya teringat-ingat bagaimana adiknya akan keluar dari bilik itu, memberi salam kepada semua orang dan teruja untuk belajar perkara-perkara baru.Senyumnya, ketawanya, tenaganya – semua itu sangat dirinduinya. Kepedihan di hatinya begitu besar sehingga senyuman mula pudar daripada wajahnya. Satu hari, senyumannya hilang. Bersama suara dan kekuatan untuk hidup.
Dia lihat sepasukan askar datang, tetapi bukan askar-askar musuh. Mereka adalah pasukan pengaman dan pekerja bantuan. Askar-askar itu kelihatan seperti mencari sesuatu, menggunakan alat yang tampak seperti pengesan jerangkap samar. Hairan, tempat itu telah dibersihkan daripada jerangkap samar minggu lepas. Kemudian askar-askar itu mula menggali. Bukan setakat seorang dua tetapi keseluruhan skuad itu dengan dibantu jentera berat. Semakin dalam mereka menggali barulah dia sedar apa yang dilakukan askar-askar itu. Mereka sedar membongkar sebuah kubur yang besar, bukti kerakusan musuh.
Banyak mayat dijumpai. Baunya menusuk hidung. Mayat-mayat bertimbun seperti akar pokok yang mati.
“Adikku adalah salah seorang daripada mereka,” katanya kepada diri sendiri.
Itu menyeksa jiwanya.
Askar-askar itu bekerja siang dan malam untuk mengenalpasti setiap mayat. Dengan menggunakan segala peralatan dan maklumat yang ada untuk meletakkan nama pada setiap tubuh yang tak bernyawa.
Seperti dijangka, ketakutannya menjadi nyata. Berita itu menghempapnya bagai gunung yang runtuh. Dirinya terasa terumbang-ambing. Dia kehilangan sebab untuk hidup, dunia kini tidak bermakna lagi.
Askar-askar itu bersimpati dengannya tetapi tidak mampu membantu dalam soal hati. Untuk mengucapkan takziah kepadanya pun tidak mampu kerana mereka tidak bertutur bahasa yang sama. Kemudian datang sebuah pasukan bantuan yang kecil, bukan aksar-askar tetapi sukarelawan. Askar-askar itu berjumpa dengan pasukan itu dan bertanya, “Ada tak pakar psiakatri di kalangan kamu?”.
Ketua pasukan itu menunjukkan pakar psiakatri mereka – seorang doktor. Askar itu menceritakan kisah gadis itu dan membawa doktor itu kepadanya.
Doktor itu juga tidak bertutur bahasa yang sama dengan gadis itu tetapi berkongsi agama yang sama dengannya. Itu lebih baik daripada askar-askar yang langsung tidak mempunyai persamaan dengannya. Doktor itu berbicara kepadanya melalui seorang penterjermah, seorang saudara yang pengajian ijazahnya terhenti kerana perang. Penterjermah itu bukan sahaja menyampaikan kata-kata daripada doktor itu kepada gadis itu dan sebaliknya. Malah bersama dengan emosi. Doktor itu mengingatkan untuk berpegang utuh kepada Tuhan, serta mengapa dia harus terus tabah menempuhi hidup.
Itu mula membuka pintu hatinya. Dia senyum kembali setelah berbulan-bulan tanpa senyuman.
Doktor itu bersyukur kepada Allah, gembira bahawa dia telah membantu untuk mengembalikan sebuah senyuman, dan sebuah kehidupan.
Cerita ini ditulis berdasarkan kisah yang disampaikan oleh Dr. Azhar Abd. Aziz dari MERCY Malaysia di IIUM Kuantan pada 4 Julai 2007
Untuk renungan; negara tersebut adalah 95% beragama Islam tetapi daripada 200 badan yang berdaftar untuk misi kemanusiaan tersebut hanya 10% adalah organisasi milik orang Islam.
Karya asal dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di http://www.ibnuariff.com/blog/2006/07/bring-back-smile.html